Journal
Terlalu banyak perkara yang tak terungkap dalam hidup ku. Aku jalani titian kehidupan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Pahit lebih banyak terasa dari manisnya. Jiwa anak muda, hati masih mentah. Masih tercari-cari identiti diri dalam kekalutan hidup. Namun, pengalaman itu mendewasakan dan mematangkan pemikiran. Manusia belajar dari kesilapan. Sama ada melalui kesilapan sendiri atau pun kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Memikirkan kembali semua itu membuatkan ku insaf. Diriku terlalu kerdil. Masih banyak yang aku belum temui, yang belum ketahui. Dari situ aku membentuk keperibadian diri.